'Kotakan dulu janji kurangkan beban ekonomi rakyat' - Pas
Iklan
Kenyataan media Khairil Nizam yang dimut naik di Facebook beliau pada Sabtu.
SHAH ALAM - Pas menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janji mengurangkan beban ekonomi rakyat sebelum menyentuh soal adab anak muda.
Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, ia kerana janji beliau sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mahu mengutamakan kebajikan rakyat hingga kini masih tinggal janji dan belum ditunaikan walau lebih sebulan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-BN dibentuk.
Iklan
Iklan
"Jangan kerana kuasa, hilang hormat pada kawan yang bersama semasa beliau kononnya difitnah dalam skandal peribadi walau selepas itu dibuktikan bersalah di mahkamah dan telah dijatuhkan hukuman," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Sabtu.
Ahli Parlimen Jerantut itu berkata, Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyentuh tentang rakyat hari ini khasnya anak muda kurang membaca dan tidak ada nilai dengan merujuk kepada suara hati anak muda di TikTok sebagai contoh.
Iklan
Menurutnya, kenyataan itu dibuat perdana menteri menerusi ucapan beliau pada Forum Kepimpinan CTCORP di Indonesia baru-baru ini dan Pas menelaah ucapan itu.
Kata beliau, kenyataan tersebut sedikit sebanyak telah mengguris dan merendahkan daya intelektual rakyat negara ini khasnya anak muda yang secara majoritinya membuat keputusan menolak kepimpinan PH-BN pada PRU15 yang lalu.
Iklan
"Generasi TikTok yang telah sebulat suara menolak PH-BN ini sebenarnya adalah mereka yang intelektual namun cara mereka mengekspresi luahan adalah dengan menggunakan TikTok.
"Tetapi cara ini amat tidak disenangi oleh PH-BN yang gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka khasnya mengenai isu rasuah dan juga skandal moral pemimpin PH-BN," dakwanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.