Bekalan telur ayam di Melaka pulih
Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama
MELAKA - Bekalan telur ayam di Melaka pulih ekoran kemasukan bekalan import dari India baru-baru ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri, Norena Jaafar.
Beliau berkata, bagaimanapun orang ramai khususnya peniaga kuih raya diminta tidak melakukan pembelian secara pukal terutama menjelang sambutan perayaan dengan tujuan untuk menyimpan bekalan.
Iklan
Iklan
"Tiada had jualan telur dalam kuantiti tertentu seperti minyak masak bersubsidi tetapi orang ramai diminta tidak melakukan pembelian secara pukal.
"Kita tahu menjelang Tahun Baharu Cina dan hari raya bakal menjelang tiba ini orang ramai sibuk mencari bekalan terutama untuk membuat persediaan sambutan seperti membuat kuih raya," katanya kepada pemberita selepas pemeriksaan tanda harga di gerai jualan di Jonker Walk di sini lewat malam Jumaat.
Iklan
Pemeriksaan berkenaan turut disertai Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.
Mengulas lanjut, Norena berkata, walaupun tiada had jualan bagi bekalan telur, peniaga berhak menentukan jumlah kuantiti yang boleh dibeli oleh pengguna bagi memastikan bekalan tidak terjejas.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 22 kes membabitkan kesalahan kepenggunaan di bawah pelbagai akta di bawah KPDN direkodkan dalam tempoh 12 hari bermula 1 Januari lepas.
Iklan
Katanya, dalam tempoh itu juga, kompaun sebanyak RM4,800 dan denda (RM250) dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Sementara itu, Hee Sem berkata, peniaga makanan, minuman atau barangan di negeri itu terutama di kawasan pelancongan diingatkan meletakkan tanda harga pada setiap produk jualan mereka.
Beliau berkata, tiada kompromi kepada peniaga yang ingkar dan mereka yang mengulangi kesalahan sama selepas notis dikeluarkan boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Dalam pemantauan malam ini (tadi) juga, kita melihat masih ramai lagi peniaga yang tidak meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual," katanya. - Bernama
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.