Laungan 'boo' sambut cadangan tak tanding dua jawatan tertinggi

Iklan
KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Suasana di dalam Dewan Merdeka ketika Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. Ahmad Zahid menggariskan lima hala tuju baharu bagi membolehkan parti bergerak ke hadapan, sesuai dengan perubahan sikap, pemikiran dan landskap politik negara. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2022) menyaksikan pertambahan usul pada Jumaat di mana jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti.

Usul berkenaan dikemukakan oleh perwakilan daripada Negeri Sembilan dan kini dibahaskan.

Iklan
Iklan

Perwakilan UMNO dari Tanjung Piai, Johor, Mohamad Hafif Abdul Kamal mengakui ada sebilangan kecil yang memprotes apabila usul berkenaan dibawa.

Jelasnya, tatkala usul berkenaan dibawa, wujudnya laungan ‘boo’ daripada sesetengah pihak.

Iklan

"Tapi kita tunggu, tengah dibahaskan, kita tengok esok macam mana. Hari ini baru nak dibahaskan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Mengulas isu sama, Perwakilan UMNO dari Tanjong, Pulau Pinang, Fahami Ashrof Badaruddin pula berkata bahawa laungan ‘boo’ itu tidak jelas dan kuat.

Iklan

"Dalam sorakan itu ada terdengar juga macam ada nak boo, tapi yang boo itu tidak jelas.

"Saya memang di dalam, baru keluar. Tapi memang tak jelas. Mungkin ada segelintir. Kita tak nafikan ada segelintir tapi tak kuat. Yang menyokong lebih kuat daripada yang nak boo,” jelasnya.

Beliau dalam masa sama turut melihat wujudnya ‘pro’ dan ‘kontra’ sama ada jawatan itu dipertandingkan atau tidak.

"Saya melihat bahawa jika dipertandingkan, akan berlaku perpecahan dalam kalangan pemimpin UMNO tetapi jika tidak dipertandingkan, maka jawatan itu mereka harus duduk selari.

"Dan pastikan barisan yang terbentuk itu satu barisan yang sangat kuat untuk menghadapi siri-siri pilihan raya akan datang dan menguatkan kembali parti UMNO,” jelasnya.