Seorang maut, dua parah kemalangan enam kenderaan

Iklan
Seorang lelaki berusia 57 tahun disahkan mati di lokasi kejadian. Foto JBPM Selangor

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di susur keluar Bukit Raja di Lebuhraya Persekutuan di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota bomba dan pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Shah Alam dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 7.47 pagi.

Iklan
Iklan

Kemalangan melibatkan enam buah kenderaan. - Foto JBPM Selangor


"Akibat daripada pelanggaran terbabit, tiga mangsa tersepit, dua daripadanya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa. - Foto JBPM Selangor

Norazam berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian namun disahkan maut oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

Iklan

Katanya, mangsa maut yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia bertaraf penduduk tetap, A Rahman Md Amin, 57, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Salah seorang mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.- Foto JBPM Selangor

"Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah dan telah dihantar ke hospital dengan menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.

Iklan

"Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 8.49 pagi," ujar beliau.