PAU 2022: UMNO gugur keahlian wakil rakyat sertai pakatan lain
Iklan
Mohamad Khaled
KUALA LUMPUR - UMNO meluluskan usul pindaan perlembagaan untuk menggugurkan keahlian secara automatik bagi mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyertai pakatan lain yang UMNO tiada dalam pakatan berkenaan.
Pembentangan usul pindaan yang dilakukan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin itu diluluskan sebulat suara perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas 2022 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Kandungan pindaan perlembagaan iaitu fasal 20.11.1 itu antara lain menyebut, keanggotaannya akan tergugur secara automatik jika ahli UMNO itu sudah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudiannya menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO atau memilih untuk menjadi ahli Dewan Rakyat atau ADUN bebas.
Bagaimanapun, kandungan sedia ada di bawah fasal 20.11 sebelum ini masih dikekalkan dan kini diletakkan di bawah fasal 20.11.2 iaitu ahli UMNO hilang keanggotaan secara automatik jika bertanding di mana-mana pilihan raya sebagai calon bebas atau calon pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO.
Iklan
Selain itu, usul pindaan lain yang diluluskan PAU Khas itu adalah berkaitan fasal 8.4 perlembagaan UMNO, iaitu penyertaan secara automatik Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Ketua Penerangan sayap-sayap UMNO sebagai perwakilan tetap PAU.
Sementara itu, Khaled ketika membentangkan usul pindaan itu berkata, pindaan itu dilaksanakan selepas diputuskan parti dan bagi membolehkan perlembagaan UMNO bersifat terkini.
Iklan
"Pindaan ini dilakukan kerana kita mahu laksanakan apa yang sudah diputuskan parti dan kita mahu memastikan peruntukan dalam perlembagaan parti bersifat terkini dan selari dengan peruntukan undang-undang semasa negara," katanya.
Kelulusan pindaan itu dilihat boleh memberi kesan terhadap keanggotaan lima ADUN Sabah yang sebelum ini menyertai kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memandangkan UMNO dan BN Sabah telah memutuskan untuk menarik sokongan kepada Hajiji.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.