Bellingham sesuai sertai Real Madrid
Iklan
Bellingham - Foto AFP
JUDE Bellingham dikaitkan perpindahan ke Real Madrid sepanjang separuh pertama musim ini, dengan Florentino Perez mengenal pasti bintang Borussia Dortmund itu sebagai aset bahagian tengah Los Blancos.
Bellingham dijangka berpindah dari kelab Jerman itu pada musim panas, beberapa kelab Liga Perdana Inggeris juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain remaja itu.
Iklan
Iklan
Bekas pemain England, Sol Campbell, yang mencatatkan 73 penampilan untuk The Three Lions menyifatkan perpindahan bersama gergasi La Liga Sepanyol tersebut sebagai sesuatu masuk akal untuk pemain berusia 19 tahun berkenaan.
"Real Madrid jelas merupakan salah satu pasukan yang hebat dalam sejarah dan jika Bellingham terus menuju ke arah yang sama, dia akan menjadi sempurna untuk Real Madrid kerana dia masih sangat muda.
Iklan
Iklan
"Dia akan meningkatkan potensi pasukan pada masa hadapan. Real Madrid adalah kelab yang tahu apa yang perlu dilakukan dengan pemain muda, untuk memastikan mereka menuju ke arah yang betul dan terus beraksi,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>