Tiada arahan menteri isytihar harta - Rafizi

Iklan
Rafizi Ramli

PUTRAJAYA - Tiada arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menteri kabinet mengisytiharkan harta mereka.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan termasuk di dalam mesyuarat kabinet.

Iklan
Iklan

"Setakat ini tidak ada," katanya ketika sidang akhbar selepas melancarkan platform data terbuka, Open DOSM Next Gen di sini pada Khamis.

Menurut beliau, sama ada terdapat menteri lain yang diarahkan berbuat demikian oleh Anwar atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ia di luar pengetahuannya.

Iklan

"Saya tidak tahu," ujar Rafizi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sama ada arahan pengisytiharan harta dikeluarkan terhadap menteri kabinet Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, sebahagian besar daripada 72 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat pengisytiharan harta masing-masing berikutan syarat parti itu yang mahu semua calonnya berbuat demikian.