UMNO Kelantan sokong Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Jazlan Yaakub

KOTA BHARU - UMNO Kelantan menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatan beliau dalam parti berkenaan.

Pengerusi UMNO negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ketetapan itu dibuat ketika mesyuarat parti itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, UMNO Kelantan juga dalam rangka menyusun gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri Kelantan yang dijangka berlaku pada bila-bila masa.

"Kami turut menolak perbuatan khianat yang melemahkan struktur dan strategi parti bagi memenuhi kehendak agenda individu," katanya dalam kenyataan pada hari sama.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, parti itu juga meminta mana-mana pihak yang didapati mengkhianati parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dikenakan tindakan sewajarnya.