140 Ketua UMNO Bahagian dijangka adakan sidang media malam ini
Iklan
Seramai 140 Ketua UMNO Bahagian dijangka mengadakan sidang media malam ini.
SHAH ALAM - Seramai 140 Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara dijangka mengadakan satu sidang media pada jam 10 malam ini.
Menerusi satu jemputan yang diedarkan kepada media, sidang media tersebut akan berlangsung di Grand Ballroom Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, setakat ini Sinar Harian masih belum mengetahui inti pati dan tujuan sidang media itu diadakan.
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung pada 11 hingga 14 Januari ini dimulakan dengan Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada jam 8 malam di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Iklan
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kegagalan parti itu mencapai keputusan cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lepas merupakan antara perkara utama yang akan dibincangkan pada PAU 2022.
Jelasnya, perwakilan yang akan berbahas pada perhimpunan itu boleh menjadikannya sebagai platform bagi menyampaikan pandangan dan cadangan mereka berhubung kekalahan tersebut dan langkah untuk memperbaiki keputusan yang beliau sifatkan sebagai luar biasa itu.
Iklan
Selain itu, Ahmad berkata, perhimpunan itu juga akan memfokuskan kepada persiapan parti terbesar Melayu itu dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) serta menyentuh berkenaan etika pemilihan parti yang akan diadakan tahun ini.
Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>