Malaysia bincang isu kuota haji 2023

Iklan
Mohd Na’im mengadakan pertemuan dengan Tawfiq dalam lawatan kerja ke Arab Saudi pada Isnin.

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengadakan lawatan kerja ke Arab Saudi bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah bagi membincangkan urusan ibadat haji musim 1444H/2023M.

Tabung Haji (TH) menerusi Facebooknya memaklumkan, antara topik perbincangan adalah berkenaan jumlah asal kuota rasmi jemaah haji Malaysia yang sebelum ini dikurangkan akibat Covid-19.

Iklan
Iklan

"Bagi memastikan pengurusan haji Malaysia kekal terbaik dalam menguruskan jemaah haji, rombongan turut memohon agar kos-kos yang melibatkan urusan haji di Tanah Suci pada tahun ini dapat dimaklumkan lebih awal," kata kenyataan itu pada Isnin.

Tambah kenyataan itu lagi, Program Makkah Route yang menjadikan Malaysia sebagai negara perintis bermula sejak tahun 2017 itu turut dibincangkan pada pertemuan kali ini.

Iklan

"Malaysia turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas layanan dan fasiliti baik yang sentiasa disediakan kepada para jemaah haji negara.

Dalam pada itu, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi turut memuji TH atas pengendalian haji yang terbaik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang patut dicontohi.

Iklan