Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Iklan
Maszlee Malik. - Foto FB Maszlee Malik
SHAH ALAM - Teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik 'bersiap sedia' telah ditafsirkan sebagai tawaran jawatan oleh media dan ramai pihak.
Susulan itu, Maszlee menerusi Facebooknya pada Isnin menjelaskan, beliau menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Iklan
Iklan
"Status Facebook dua hari lepas menjadi berita dan spekulasi. Terima kasih kepada semua yang berbaik sangka dan menaruh harapan.
"Saya tidak menyebutkan apa-apa mengenainya di dalam status tersebut.
Iklan
"Jawatan? Tiada apa yang dijanjikan. Apa yang diminta ialah pengorbanan demi rakyat setakat ini," ujarnya.
Beliau turut memberitahu telah bersetuju serta menawarkan diri bagi membantu PRN di negeri-negeri yang diperintah oleh PH terutamanya Selangor dan Negeri Sembilan dengan menjelajah kedua-dua buah negeri itu dalam waktu terdekat.
Iklan
"Di samping itu, selain PRN, saya juga telah menawarkan diri kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk turun ke sekolah-sekolah bagi memberikan motivasi dan menaikkan semangat para guru serta anak-anak murid selepas pasca Covid-19.
"Melalui jerayawara itu juga diharapkan saya akan dapat membawa inspirasi dan suara kerajaan kepada para guru untuk terus membangunkan sistem pendidikan," ujarnya pada Isnin.
Media melaporkan, hantaran dimuat naik Maszlee di Facebook, mencetuskan persoalan selepas beliau memberi bayangan bakal menyertai kerajaan pimpinan Anwar.
Dalam hantaran terbabit, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkongsi kata-kata Perdana Menteri kepada beliau ketika bertemu pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR semalam.
Perdana Menteri berkata 'bersiap sedia', cuti sabatikal anda akan berakhir dalam tempoh terdekat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>