405 kes baharu Covid-19, satu kematian

Iklan
Gambar hiasan - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 405 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan lapan daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,991,752.

Iklan
Iklan

Menurut portal KKMNow, satu kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan.

Terdapat 32 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan
Iklan

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!