Dua mayat ditemui di ruang gear pendaratan pesawat

Iklan
Dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat Colombia Avianca. - Foto hiasan/123RF

BUENOS AIRES - Dua mayat ditemukan di bahagian ruang gear pendaratan pesawat selepas pesawat itu mendarat di Bogotá, menurut syarikat penerbangan Colombia Avianca pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penerbangan AV116 dari Santiago de Chile itu mendarat di Lapangan Terbang El Dorado di Bogotá pada Jumaat petang.

Iklan
Iklan

Penyiar Caracol melaporkan kedua-dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat.

Menurut pihak berkuasa mayat itu kemungkinan telah berada di ruang berkenaan selama beberapa hari.

Iklan

Kali terakhir pesawat itu diselenggara pada 27 Disember 2022.

Antara 31 Disember dan 3 Januari pesawat itu berada di Punta Cana di Republik Dominican. - Bernama

Iklan