Lelaki maut, kereta terjunam dalam parit

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Preve dipandunya terjunam ke dalam parit berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar dekat sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kereta itu terbabas dan terjunam pada kedalaman 0.91 meter selepas dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki sepasang suami isteri berusia lingkungan 30-an.

Iklan
Iklan

"Anggota bomba yang tiba di lokasi enam minit kemudian mendapati ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam. Pemandu Proton Preve iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30-an telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dipercayai lemas kerana terperangkap,” katanya dalam kenyataan.

Norazam berkata pasangan suami isteri itu yang tidak mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Sabak Bernam dengan ambulans manakala mayat pemandu Proton Preve diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Iklan
Iklan