Kejohanan Catur Seri Menanti

Iklan
Para peserta giat mengatur strategi semasa mengambil bahagian dalam Kejohanan Catur Seri Menanti sempena Hari Keputeraan ke-75 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Padang Awam Seri Menanti.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu terbuka dan bawah 12 tahun yang melibatkan seramai 274 peserta dari seluruh negara termasuk Rusia, Algeria, Indonesia dan India.

Kejohanan itu menawarkan hadiah utama bagi kategori terbuka adalah RM1,000 trofi, medal dan sijil manakala RM300 beserta trofi, medal dan sijil untuk bawah 12 tahun.