Pak Arab naik kereta mewah dalam pusat beli-belah

Iklan
Paparan lelaki itu berada di hadapan premis dengan keretanya. - Foto Khaleej Times

RAKAMAN video dua lelaki Arab berkunjung ke pusat beli-belah menaiki kereta mewah tular di media sosial.

Video berdurasi 20 saat itu menyaksikan kereta berkenaan dipandu di tingkat satu dalam bangunan Al Qasr Mall di Riyadh sebelum berhenti betul-betul di pintu masuk sebuah premis.

Iklan
Iklan

Memetik Khaleej Times, seorang pengawal keselamatan di pusat beli-belah itu dilaporkan merakam kejadian berkenaan.

Difahamkan, dua lelaki itu telah menyewa seluruh bangunan untuk membawa masuk kereta dalam pusat beli-belah.

Iklan
Iklan

Kelihatan juga pusat beli-belah itu lengang daripada pengunjung dan sehingga kini, video itu meraih 127,000 tontonan bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh dan masa kejadian tersebut.