Razali banyak beri sumbangan kepada Suhakam

Iklan
TAN SRI RAZALI ISMAIL

SHAH ALAM - Tan Sri Razali Ismail yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Isnin lalu banyak memberi sumbangan dalam usahanya memperkukuhkan profil Suhakam.

Pemangku Pengerusi Suhakam, Jerald Joseph berkata, sejak menerajui suruhanjaya itu, Razali berdiri teguh dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia melalui sokongannya terhadap kesemua usaha serta pendirian yang diambil oleh Suhakam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ini termasuklah penyertaan Suhakam kepada triti-triti antarabangsa yang akan memastikan perlindungan hak asasi dapat diserapkan di dalam undang-undang.

"Ia juga meliputi dedikasi tanpa henti beliau dalam memperjuangkan perubahan sosial dan institusi yang mana ini diperlukan bagi perlindungan terhadap kesaksamaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman

Iklan

"Pengalaman Razali di peringkat antarabangsa dan sebahagian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk kerjasama dengan masyarakat secara umumnya, sesuatu yang diperlukan dalam usaha yang dilakukan oleh Suhakam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jerald berkata, Suhakam mengharapkan Razali akan terus berjaya dalam segala usaha yang diceburinya pada masa hadapan.

Iklan

Beliau yang memegang jawatan pengerusi sejak 2016 sepatutnya mengakhiri tempoh tugas selama tiga tahun pada 27 April, bagaimana pun meletakkan jawatan dua minggu sebelum tempoh tugasnya berakhir.