Amazon berhentikan lebih 17,000 pekerja

Iklan
Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja. - Foto Bernama

WASHINGTON - Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.

Langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat, lapor Agensi Anadolu memetik Wall Street Journal.

Iklan
Iklan

Pada November, syarikat berpangkalan di Seattle itu mengumumkan pemberhentian tenaga kerja korporatnya yang tertumpu kepada perniagaan peranti, pengambilan pekerja dan operasi runcit.

Sehingga September, syarikat itu menggaji 1.5 juta pekerja dengan peratusan besar bekerja digudang. - Bernama

Iklan
Iklan