Bekalan air di Gombak, KL dijangka pulih 9 malam

Iklan
Notis dikeluarkan Air Selangor di laman Facebooknya pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Proses pemulihan gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa lokasi sekitar Gombak dan ibu negara akibat kejadian paip pecah di Bukit Indah Industrial Park, Sungai Buloh, dijangka pulih sepenuhnya 9 malam pada Isnin.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan setakat jam 3 petang tadi, status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas sudah mencapai 92 peratus.

Iklan
Iklan

"Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Bekalan air dijangka untuk pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 2 Januari 2023 (Isnin)," kata Air Selangor dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Isnin.

Iklan

Sehubungan itu, Air Selangor menyarankan pengguna yang sudah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

"Air Selangor berharap agar para pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan," katanya.

Iklan

Menurut Air Selangor, sehingga kini sebanyak 99 peratus kawasan terjejas bekalan di Gombak sudah pulih, manakala di kawasan ibu negara, status pemulihan adalah 50 peratus.

Kawasan di Gombak yang masih berhadapan gangguan adalah di Taman Ehsan sementara di Kuala Lumpur membabitkan kawasan Bukit Bandaraya, Bukit Bangsar, Taman Bandaraya, Taman Bangsar, Taman Bangsar Baru dan Taman Lucky.