Ribut: 9 rumah, masjid dikesan terjejas

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.

PORT DICKSON - Sembilan rumah penduduk dan sebuah masjid di Kampung Jimah Baru, di sini dikesan terjejas setakat ini akibat ribut dalam kejadian petang Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa berkata, proses baik pulih akan dilaksanakan dalam masa terdekat dan ia dalam pengetahuan pihak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Tindakan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Agama telah diambil. Begitu juga baik pulih rumah telah disusuli," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, sebuah kafe taman dan beberapa kediaman penduduk di Kampung Jimah Baru rosak akibat ribut yang melanda kawasan itu sekitar jam 5.30 petang.

Iklan
Iklan

Kejadian itu turut menyebabkan pokok tumbang namun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.