Persekolahan Selepas Banjir

Iklan

Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa berjalan seperti biasa hari ini selepas sekolah itu dilanda banjir pada 20 Disember lepas semasa tinjauan hari ini.

Sesi persekolahan penggal ketiga di Terengganu yang bermula hari ini berjalan lancar termasuk di 74 buah sekolah yang terkesan banjir melibatkan 5,386 murid.

Iklan
Iklan

Sekolah yang terjejas banjir iaitu 17 buah di Hulu Terengganu; Dungun (11 buah); Setiu (10 buah); Besut (9 buah); Kuala Nerus (8 buah); Kuala Terengganu (8 buah); Kemaman (7 buah) dan Marang (4 buah).