Malaysia catat tujuh lagi kes import Covid-19
Iklan
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 583 kes baharu Covid-19 di seluruh negara pada Jumaat dengan tujuh daripadanya melibatkan kes import.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu meningkat kepada 5,026,164 kes.