Volkswagen, Mercedes musnah dalam kebakaran bengkel

Iklan
Tiga buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel pada Sabtu.

SHAH ALAM - Sebanyak tiga buah kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Matahari AA, Seksyen U5 di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba Sungai Buloh dan Kota Anggerik ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 5.34 pagi tadi.