RTS penting untuk jana ekonomi Johor
Iklan
Kamaruzzaman ketika ditemui pemberita pada progran IIBD Blueprint Gazettement di Menara JLand, hari ini.
JOHOR BAHRU- Projek Sistem Transit Rapid (RTS) mampu menjana ekonomi negeri Johor dan negara ini.
Menurut Ketua Eksekutif Johor Corporation (Jcorp) merangkap Pengerusi Ibrahim International Business District (IIBD) Johor, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim, projek yang menghubungkan Bukit Chagar dengan Woodlands, Singapura itu berpotensi dalam sektor pelancongan.
Iklan
Iklan
"Malah sekarang pun Johor Bahru memerlukannya. Kalau melihat kepada keperluan memang saya percaya ia perlu sekarang.
"Agak terkebelakanglah kalau projek itu ditangguhkan tanpa kepastian. Melihat kepada manfaatnya, projek RTS penting untuk negeri dan negara kita," katanya kepada pemberita pada program bual bicara IIBD Blueprint Gazettement di Menara Jland, hari ini.
Iklan
Malah menurut Kamaruzzaman, IIBD yang terletak di Wilayah Ekonomi Johor Selatan dan daerah sentral Johor Bahru turut akan menerima tempias daripada projek tersebut.
"Kami salah satu penerima manfaat utama sebab lokasi cadangan stesen RTS itu bersebelahan dengan IIBD. Kita perlukan ini sebagai sebahagian pemacu baharu untuk membantu mengembangkan ekonomi.
Iklan
"Sudah tentu keperluannya bukan kepada pusat bandar tapi juga rakyat dua negara. Secara tak langsung negara kita boleh mempromosikan pelancongan kesihatan, eko pelancongan dan aspek lain.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan Malaysia meminta penangguhan enam bulan sehingga September ini kepada Singapura bagi melakukan kajian untuk mengurangkan kos projek RTS.
IIBD merupakan peneraju yang bakal memartabatkan Johor Bahru sebagai sebuah pusat perdagangan bertaraf dunia dan titik tumpuan perniagaan, pelaburan serta keusahawanan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>