Ahmad Zahid serah kepada perwakilan tentukan
Iklan
Ahmad Zahid
SHAH ALAM - Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO boleh dipertandingkan atau tidak akan diserahkan kepada perwakilan parti itu, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai desakan agar kedua-dua jawatan tertinggi itu ditandingi dalam pemilihan parti akan datang.
Iklan
Iklan
Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang mengutamakan demokrasi.
Beliau berkata demikian pada program wawancara khas bertajuk Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? di Facebook terbitan NRChannel TV pada Selasa.
Iklan
Mengulas mengenai pemilihan UMNO pada 2018, Ahmad Zahid berkata, beliau sebagai pemangku Presiden parti ketika itu sendiri memutuskan bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan, termasuklah Presiden dan Timbalan Presiden.
"Saya akui pada tahun 2018, keputusan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 meminta supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.
Iklan
"Tetapi apabila saya menjalankan tugas sebagai (pemangku) Presiden UMNO pada ketika itu, (saya) telah memutuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan,” ujarnya.
Bagaimanapun kata beliau, sudah beberapa kali kedua-dua jawatan utama itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti sebelum ini.
"Tetapi harus diingat, ada beberapa kali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi.
"Di zaman pemimpin 22 tahun (Tun Dr Mahathir Mohamad) ada beberapa kali, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ada.
"Zaman Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) ada cadangan tetapi tidak jadi, namun beberapa kali juga beliau mengalami keadaan itu,” jelasnya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, MKT masih belum menetapkan keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan atau tidak.
Katanya, perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas yang akan diadakan sebelum PAU iaitu pada malam 12 Januari nanti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>