Gula 'nise' rahsia jeruk Kak Ani terjual 120kg sehari
Iklan
Rohani menunjukkan beraneka jeruk buah ‘nise’ yang dijual di Kampung Cherang di Kota Bharu. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Rasa jeruk buah-buahan yang masam, masin dan manis pasti membuatkan peminatnya kecur air liur.
Proses membuat jeruk buah-buahan hampir sama namun bagi pengusaha di Kelantan, mereka mempunyai rahsia tersendiri menggunakan gula melaka atau dikenali gula ‘nise’ sebagai ramuan utama.
Iklan
Iklan
Seorang pengusaha Rohani Hashim, 55, berkata jeruk hasil tangannya menggunakan buah-buahan segar, gula putih selain gula melaka sebagai bahan utama.
"Saya memproses jeruk nise setiap hari. Saya mampu hasilkan 12 tong jeruk buah-buahan yang setiap satunya seberat 10 kilogram," katanya ketika ditemui Bernama di premisnya di Kampung Cherang, di sini baru-baru ini.
Iklan
Rohani atau mesra disapa Kak Ani berkata, dia membelanjakan RM2,000 sehari untuk membeli bahan-bahan mentah bagi menghasilkan jeruk buah-buahan itu.
"Tidak mudah menghasilkan jeruk nise yang enak, tidak berbuih dan tidak masam.
Iklan
"Setelah kulit buah dikupas dan dipotong, ia akan direndam dengan air garam untuk proses membuang rasa masam, manakala kuah jeruk dimasak dengan air gula, gula melaka dan diletakkan cili kisar," katanya yang dibantu lapan pekerja untuk menghasilkan jeruk nise setiap hari.
Pelanggan menunggu giliran untuk mendapatkan jeruk buah ‘nise’.
Ibu kepada enam orang anak itu berkata, jeruk nise buatannya itu dijual bermula serendah RM1, bergantung kepada jenis buah-buahan.
"Ada peminat jeruk buah-buahan nise yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit setiap kali pembelian.
"Pernah ada pelanggan membelanjakan RM500 untuk satu pembelian. Ada juga rakyat Kelantan yang tinggal di China dan Mekah membawa jeruk nise ini untuk diperkenalkan kepada rakan-rakan mereka di sana," katanya.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang"><meta itemprop="description" content="Lebih 100 penoreh getah di Kuala Krai ‘gantung’ pisau gara-gara pak belang
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ancaman #harimau #penorehgetah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-23T07:53:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqmxuu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqmxuu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqmxuu"></script>