Covid-19 rekod 423 kes baharu, enam kematian

Iklan
Sebanyak 423 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa . - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 423 kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 4,985,908.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, daripada 423 kes tersebut, dua daripadanya adalah merupakan kes import.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, terdapat enam kematian yang telah direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 36,841 orang daripada hampir lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 43 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 19 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Iklan

Sementara itu, sebanyak 834 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini sebanyak 4,974,180.

Iklan