Tya Adnan sangka Shukri Yahaya gay

Iklan
Tya Adnan

ISTERI kepada pelakon popular, Shukri Yahaya, 31, iaitu Tya Adnan, menyangka suaminya itu seorang lelaki homoseksual.

Tya Adnan atau nama penuhnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, mendedahkan mengenai perkara itu sewaktu menerima soalan daripada aplikasi permainan Ask Me Question di Insta Story, Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Soalan tersebut berbunyi;

"Pernah sangka tak, kenal suami masa filem Ular tu?," ujar individu yang tidak diketahui identitinya.

Iklan

"Tak... saya ingat dia gay dulu sebab dalam cerita Ular tu dia bawa karakter gay.

"Sebab dia kan kalau berlakon seakan-akan betul. Jadi, sumpah saya ingat dia gay!," jawab isteri pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

Iklan

Begitupun, selepas berbuat demikian Tya turut memohon maaf sekiranya posting itu dibaca oleh suaminya.

"Maaf sayang kalau awak baca ni, saya cintakan awak sangat," tulisnya.

Pasangan sama cantik sama padan itu selamat diijabkabulkan pada 20 November 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aira Ameena yang dilahirkan pada 24 Ogos 2016.