'Kandungan ubat PrEP perlu diteliti terlebih dahulu'
Iklan
Irwan semasa program Wacana Sinar bertajuk 'PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV' pada Selasa.
SHAH ALAM - Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) dalam membendung jangkitan HIV perlu dibincangkan secara menyeluruh termasuk melibatkan agamawan sebelum ia dilaksanakan.
Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri berkata, perbincangan tersebut merangkumi pelbagai aspek antaranya golongan sasar dan status kandungan yang terdapat di dalamnya.
Iklan
Iklan
"Contohnya macam vaksin Covid-19, mengapa ia halal, kerana telah dibawa ke dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan diperhalusi.
"Jadi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak boleh duduk berseorangan sahaja dalam isu ini,” ujar beliau dalam program Wacana Sinar bertajuk 'PrEP: Tanggungjawab, pencegahan penyakit HIV' yang dihoskan oleh Ismail Adnan pada Selasa.
Iklan
Turut bergandingan sebagai panelis ialah Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Rafidah Hanim Mokhtar; Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Ketua Sektor HIV/ Bahagian Kawalan (Penyakit) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Anita Suleiman.
Pada masa sama, Irwan menegaskan, ubat PrEP tidak boleh sama sekali diberikan kepada individu yang melakukan hubungan seksual di luar daripada kerangka yang dibenarkan Islam.
Iklan
"Kita tiada masalah jika PrEP diberikan kepada pasangan suami isteri yang menghidap HIV kerana mahu mengelakkan jangkitan tersebut.
"Cuma bila hendak dipanjangkan kepada golongan bukan suami isteri dan pelaku homoseksual, maka ia akan menjadi satu isu,” ulasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar"><meta itemprop="description" content="Turun lagi harga minyak, subsidi boleh cecah RM60 bilion - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan memerlukan pertambahan subsidi sehingga antara RM50 bilion hingga RM60 bilion setahun jika mahu menurunkan lagi harga RON95 dan diesel menerusi program Budi Madani.
Beliau berkata, ketika ini kerajaan sudah menanggung subsidi bahan api sebanyak RM40 bilion setahun bagi memastikan harga RON95 dan Budi Diesel kekal antara yang terendah di dunia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788480/berita/nasional/turun-lagi-harga-minyak-subsidi-boleh-cecah-rm60-bilion---anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PMX #Subsidi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-19T09:03:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqdkh2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqdkh2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqdkh2"></script>