KKD pantau isu pengambilalihan pengurusan Menara KL - Fahmi

Iklan
Fahmi Fadzil

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) memantau rapat berhubung isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) daripada Telekom Malaysia (TM) oleh sebuah syarikat setelah hangat dibangkitkan di media sosial.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, beliau telah menerima taklimat terperinci mengenai konsesi pengurusan menara tersebut dan akan mendapat penjelasan menyeluruh tentang perkara itu daripada TM pada 3 Januari depan.

Iklan
Iklan

"Saya memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara KL melalui pegangan saham penuh daripada pihak TM melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) kepada syarikat itu.

"Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh MKLSB,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, timbul dakwaan yang hak pengurusan menara itu telah diserahkan secara senyap kepada syarikat berkenaan yang dipercayai bermasalah.

Sementara itu, Fahmi menambah, isu tersebut akan berada dalam pemerhatian dan tanggungjawabnya.

Iklan

"KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” ujarnya.