Bekalan air mula disalur ke empat daerah - Air Selangor

Iklan
Bekalan air di empat daerah yang terlibat henti tugas LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi disalur secara berperingkat malam Ahad.

SHAH ALAM - Bekalan air di empat daerah yang terlibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi disalur secara berperingkat malam Ahad.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan setakat jam 10.30 malam tadi Sepang mencatat peratus pemulihan bekalan air sebanyak 30.6 peratus, Hulu Langat 53.7 peratus dan Petaling 8.1 peratus serta Kuala Langat 29.6 peratus.

Iklan
Iklan

Menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

"Air Selangor berharap agar pengguna yang mendapat bekalan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan lain berjalan seperti dijadualkan,” menurut Air Selangor di laman Facebooknya pada Ahad.

Iklan

Pada Sabtu, LRA Sungai Semenyih dan LRA Bukit Tampoi dihenti tugas akibat dari tumpahan pati minyak wangi daripada kemalangan lori membawa muatan itu di Lebuhraya ELITE berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

Tumpahan 1,000 liter pati minyak wangi tersebut menyebabkan pencemaran bau dan LRA terbabit terpaksa dihenti tugas bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Iklan

Berikutan insiden pencemaran bau itu sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.