Negeri Sembilan tubuh Majlis Perundingan TVET - Aminuddin
Iklan
Aminuddin
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan akan menubuhkan Majlis Perundingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negeri bagi menyelaraskan modul dan kursus yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET di negeri ini.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia melibatkan institusi-institusi TVET seperti Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan.
Iklan
Iklan
"Ia juga diharap dapat memperkukuh jaringan dan kolaborasi sedia ada selain merapatkan jurang di antara permintaan dan penawaran tenaga kerja serta menyediakan graduan yang menepati keperluan industri," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnyaa, selain itu ia juga dijangka dapat meningkatkan kualiti institusi TVET, memperkukuh penawaran program berorientasikan industri dan memperhebat keterlibatan aktif industri.
Iklan
Dalam pada itu, Aminuddin berkata, fasiliti Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini akan dinaiktaraf dengan nilai keseluruhan RM1.68 juta agar institusi ini dipelihara dengan baik serta keselesaan pelajar terjamin.
"Setiap sekolah dianggarkan menerima peruntukan sehingga RM80,000 melibatkan 21 SAR yang memerlukan penyelenggaraan," jelas beliau.
Iklan
Sementara itu, Aminuddin berkata, kerajaan negeri meneruskan pemberian pengecualian bayaran pembaharuan lesen penjaja pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi tempoh setahun lagi.
"Pendekatan ini diambil bagi meringankan beban penjaja terutamanya dalam suasana negara yang sedang pulih daripada pandemik Covid-19.
"Pengecualian ini diberikan kepada enam kategori penjaja termasuk penjaja pasar malam, penjaja pasar tani, penjaja kereta tolak, penjaja berpayung, penjaja bergerak dan penjaja pasar atau bazar Ramadan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Seorang hulur RM1 pun saya syukur' - Ibu gigih kumpul dana rawat anak derita Sindrom Alagille"><meta itemprop="description" content="Hati seorang ibu mana yang tidak sayu apabila melihat anak kecil yang baru berusia tiga tahun sudah diuji kesakitan ketika sedang berjuang melawan penyakit Sindrom Alagille.
Penyakit yang dihidapi Aisy Nur Dareesa Mohd Sahril Azuan itu merupakan penyakit genetik yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan beberapa organ utama seperti hati, jantung, mata, tulang dan buah pinggang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769088/edisi/melaka-ns/seorang-hulur-rm1-pun-saya-syukur---ibu-gigih-kumpul-dana-rawat-anak-derita-sindrom-alagille
Muzik: Veance D- Rustle od Leaves dari Bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bantuan #AisyNurDareesa"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-24T03:00:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a6aYC1fdHHfe5YnzG/x120"><meta itemprop="duration" content="P254S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0mavg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0mavg"></script>