Jaringan gol Richarlison terbaik di Piala Dunia

Iklan
Richarlison melakukan sepakan akrobatik ketika berdepan Serbia dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail pada 24 November lalu.

JARINGAN menerusi sepakan akrobatik penyerang Brazil, Richarlison ketika berdepan Serbia diundi sebagai gol terbaik pada Piala Dunia Qatar 2022.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan, gol itu dipilih oleh peminat, sekali gus menewaskan jaringan dilakukan rakan sepasukannya, Neymar serta bintang Perancis, Kylian Mbappe.

Iklan
Iklan

Gol itu hadir pada minit ke-73 ketika Brazil melakar kemenangan 2-0 ke atas Serbia dalam aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Lusail pada 24 November lalu.

Sebelum jaringan itu terhasil, ramai menganggap Richarlison sukar melepasi barisan pertahanan Serbia selepas dia menerima bola hantaran lintang Vinicius Jr.

Iklan

Namun, penyerang Tottenham Hotspur itu pantas melakukan sepakan akrobatik ke penjuru gawang melepasi penjaga gol Serbia, Vanja Milinkovic-Savic.

Neymar turut meledak jaringan menarik pada tambahan masa ketika Brazil berdepan Croatia dalam aksi separuh akhir dan ramai menganggap ia adalah gol terbaik sepanjang kejohanan.

Iklan

Ramai juga beranggapan voli Mbappe ketika jaringan keduanya berdepan Argentina dalam aksi final boleh menjadi antara pencabar utama anugerah berkenaan.