Lapan kenderaan musnah, stor simpanan terbakar

Iklan
Keadaan kebakaran di sebuah stor simpanan jentera berat di Bagan Serai awal pagi Sabtu.

BAGAN SERAI - Lapan kenderaan musnah dalam kebakaran sebuah stor simpanan jentera berat di Jalan Parit Jawa dekat sini pada Sabtu.

Panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai pada jam 1.21 pagi.

Iklan
Iklan

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kebakaran mengakibatkan sebuah lori, traktor dan enam motosikal musnah.

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang terlibat.

Iklan

"Anggota bertindak membuat pemadaman menggunakan sumber air terbuka sehingga kebakaran dapat dipadam sepenuhnya.

"Operasi tamat pada jam 2.55 pagi," katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusof berkata, siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

"Pasukan forensik bomba akan lakukan siasatan di lokasi, setakat ini kita belum tahu apa punca kebakaran," katanya.