13 ditahan kes 72 tan rel landasan kereta api hilang
Iklan
Lokasi simpanan rel kereta api yang dicuri.
TAMPIN - Polis menahan 13 individu termasuk seorang wanita berhubung kehilangan 72 tan rel landasan kereta api di kawasan yard Stesen Kereta Api Gemas di sini yang dianggarkan bernilai RM90,000, 5 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan, Anuwal Ab Wahab berkata, kesemua suspek berusia 35 hingga 56 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan pasukan risikan operasi Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin bermula pada 19 Disember hingga Khamis.
Iklan
Iklan
"Penahanan mereka susulan laporan polis yang diterima daripada seorang Pegawai Tadbir Perbadanan Aset Kereta Api(RAC) Jumaat lalu berhubung kehilangan rel kereta api berkenaan.
"Polis telah menerima laporan daripada seorang wanita yang juga merupakan Pegawai Tadbir, Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada pukul 6.22 petang, Jumaat lalu berhubung kehilangan rel keretapi berkenaan.
Iklan
"Siasatan awal mendapati pekerja dari syarikat yang mengaku bekerja di bawah RAC bagi tugas-tugas pengambilan harta benda iaitu besi landasan terpakai telah mengambil rel terpakai tersebut dengan menunjukkan surat palsu dari RAC," katanya dalam kenyataan kepada media pada Khamis.
Ujarnya, dalam serbuan dilakukan, polis turut merampas beberapa barangan termasuk tiga buah lori, sebuah kereta pacuan roda jenis Toyota Hilux, invois pembelian besi buruk dan 10 kepingan besi rel seberat 24 tan.
Iklan
Tambahnya, kesemua suspek ditangkap di beberapa lokasi iaitu di Rompin, Pahang; Jalan Campbell, Seremban, Klang, Selangor dan Masai, Johor.
"Kesemua suspek kini direman empat hari dari tarikh tangkapan bagi membantu siasatan dan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.