[VIDEO] Tanah runtuh: Jumlah mangsa 92 bukan 94 orang

Iklan
Arjunaidi (tengah) ketika sidang akhbar di lokasi tragedi tanah runtuh di Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor, pada Khamis.

BATANG KALI - [DIKEMAS KINI] Jumlah mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers' Organic Farm, Jalan Genting di sini diisytihar secara rasmi seramai 92 orang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu berdasarkan semakan dan laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Iklan
Iklan

"Kita buat keputusan bahawa jumlah sebenar mangsa adalah seramai 92 orang iaitu kurang dua orang berbanding jumlah diberitahu sejak hari pertama operasi iaitu 94 orang.

"Jumlah mangsa yang selamat dan cedera ini adalah seramai 61 orang, terkorban (30 orang) dan baki yang masih hilang adalah seorang," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, mangsa yang masih hilang dilaporkan adalah seorang kanak-kanak lelaki.

Kata Arjunaidi, kekeliruan berkenaan jumlah itu timbul akibat pertindihan pendaftaran di tapak perkhemahan terbabit.

Iklan

Jelasnya, pihak polis telah membuat semakan dari segi data, laporan polis dan sebagainya.

Beliau berkata, operasi pencarian baki mangsa akan diteruskan sehingga arahan terbaru diterima.

"Setakat ini ada tiga laporan diterima dan daripada itu. Satu daripada laporan itu adalah mangsa yang masih hilang," katanya.

Pada Khamis, empat mayat terdiri daripada satu lelaki dewasa, satu perempuan dewasa serta dua kanak-kanak masing-masing lelaki dan perempuan dijumpai pada jam 11.04 pagi di sektor C (riverside).

Mayat mangsa dijumpai dalam satu bungkusan khemah di kedalaman tujuh meter.