Empat cedera ambulans terbalik

Iklan
Empat cedera selepas sebuah ambulans terbalik dalam kejadian pada petang Selasa. -Foto: PDRM

GEORGETOWN - Empat cedera selepas sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit terbalik di Jalan Masjid Negeri di sini dalam kejadian pada jam 4.40 petang Selasa.

Empat yang cedera adalah pemandu ambulans berusia 22 tahun, seorang pembantu pegawai perubatan, 28, pesakit, 54 dan waris yang menemaninya.

Iklan
Iklan

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, kejadian berlaku ketika ambulans dalam perjalanan daripada Sungai Ara menuju ke Hospital Pulau Pinang.

"Akibat daripada itu, kesemua yang berada di dalam ambulans tersebut tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba bertugas di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, pemandu van mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala manakala pembantu pegawai perubatan luka ringan di muka serta tangan.

"Pesakit cedera di bahagian kepala dan anak perempuannya cedera di muka serta kepala dirawat di Zon Merah HPP manakala pemandu van di Zon Rhesus dan pembantu pegawai perubatan di zon kuning.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.