[VIDEO] Ban banjir pecah, penduduk Tumpat diminta waspada

Iklan
Keadaan ban banjir yang telah pecah sehingga mencetuskan panik kepada penduduk yang berada di kawasan rendah.

RANTAU PANJANG - Ban banjir di Kuala Teluk, Kampung Lachang di sini yang pecah pada petang Selasa dijangka membanjiri kawasan Tumpat pada bila-bila masa.

Susulan itu penduduk di sepanjang Sungai Golok diminta untuk bersiap sedia berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha berkata, penduduk di kawasan Tumpat terutama di Kampung Bendang Pak Yong, Simpangan, Naga Ibu dan kawasan sekitar diingatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan bermula sekarang.

"Pada peringkat awal, pihak kami bercadang untuk memecahkan ban banjir itu pada jam 10 pagi Rabu untuk mengawal keadaan banjir di Rantau Panjang, namun ia terpaksa ditunda.

Iklan

"Hal ini kerana ban tersebut telah pecah dengan sendirinya sekitar jam 5.30 petang tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, ban yang pecah itu melibatkan kawasan sepanjang 50 meter dan melimpah melebihi 5 kilometer.

Iklan

Ujarnya, air dari Rantau Panjang akan melimpah keluar sendiri dan keadaan ini akan memberi kesan kepada penduduk yang berada di sepanjang Sungai Golok.

Sebelum itu tular beberapa video yang menunjukkan keadaan ban banjir telah pecah sehingga mencetuskan panik kepada penduduk yang berada di kawasan rendah.

Antara kawasan yang dijangka akan turut terkesan di kawasan Pasir Mas ialah Kampung Jejawi, Siram, Bukit Lata, Gelang Mas, Bakong dan beberapa lagi lokasi.