Hospital Tengku Anis terjejas banjir, pesakit dipindahkan
Iklan
Keadaan wad hospital yang dilanda banjir. - Foto media sosial
PASIR PUTEH - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bertindak pantas memindahkan 28 pesakit di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini yang terjejas banjir sejak Ahad lalu.
Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pesakit-pesakit dipindahkan ke tiga hospital iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan Hospital Tanah Merah.
Iklan
Iklan
Katanya, kerja-kerja memindahkan pesakit iaitu seramai empat orang dilakukan pada Isnin malam manakala 24 lagi pesakit pada pagi Selasa.
"Air melimpah bermula jam 8.30 malam dan memasuki wad-wad, unit-unit serta laluan pejalan kaki di hospital secara beransur-ansur akibat hujan lebat.
Iklan
"Demi keselamatan, JKNK memindahkan semua pesakit yang berada di dalam wad kerana ketiadaan bekalan elektrik yang boleh memberi risiko dalam rawatan kepada pesakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Air banjir memenuhi laluan pejalan kaki hospital di Pasir Puteh. - Foto media sosial
Beliau berkata, penilaian oleh pihak Radicare Sdn Bhd mendapati paras air meningkat termasuk di kawasan generator dan suis utama menyebabkan perlu menutup bekalan elektrik hospital.
Iklan
"Perkhidmatan sokongan di hospital seperti Unit Radiologi, Patologi dan Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) terpaksa memberhentikan perkhidmatan kerana peralatan tidak dapat berfungsi atas faktor keselamatan.
"Unit-unit lain juga dalam usaha memindahkan aset-aset bagi mengelakkan rosak ditenggelami air,” katanya.
Dr Zaini
Menurut Dr Zaini, hujan mulai reda dan surut sekitar jam 4 pagi memberi kelegaan kepada pihak hospital dan membolehkan urusan memindah keluar pesakit dilakukan.
"Unit Radiologi dan Patologi masih tidak dapat berfungsi akibat beberapa peralatan terjejas banjir dan memerlukan pemeriksaan terlebih dahulu oleh pihak vendor.
"Bagaimanapun Unit Kecemasan & Trauma beroperasi dan menerima kes-kes kecemasan serta kes rujukan dari pusat pemindahan sementara (PPS) untuk rawatan,” katanya.
Tambah beliau, pesakit dipindahkan dengan menggunakan ambulans dan lori menerusi bantuan Bilik Gerakan Banjir Negeri dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Pasir Puteh.
BERITA SEMASA 27 MEI 2024
Seorang remaja yang mengalami penyakit mental kemurungan berjaya meraih keputusan cemerlang 9A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Pelajar SMK Kubang Kerian, Siti Bayu Mohd Ridzuan, 18, meraih dua A bagi mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Islam, manakala tujuh lagi A untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Geografi, Pendidikan Seni Visual dan Ekonomi.
Anak keempat daripada lima beradik itu disahkan mengalami kemurungan akibat gangguan misteri sejak di Tingkatan Tiga semasa belajar di sebuah sekolah cemerlang dan tinggal di asrama sekolah berkenaan.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/666936/edisi/kelantan/remaja-murung-raih-9a-spm
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #pelajar #SPM #KPM #Kelantan