Banjir: HTA Pasir Puteh pindahkan 40 pesakit

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Seramai 40 pesakit Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, Kelantan dipindahkan ke hospital terdekat sebagai langkah keselamatan susulan cuaca tidak menentu dan bencana banjir yang sedang berlaku di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebahagian daripada pesakit turut ditempatkan di asrama HTA.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap hospital yang terjejas akibat bencana banjir.

Menurutnya, Bilik Gerakan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa banjir semakin surut di HTA.

Iklan

"Bekalan elektrik di HTA masih boleh digunakan dan beroperasi," katanya.

HTA Pasir Puteh mula dinaiki air pada malam Ahad akibat hujan lebat berterusan dan dikatakan turut menjejaskan bangunan yang menempatkan unit kecemasan, farmasi serta wad pesakit.

Iklan

Bagaimanapun, Bilik Gerakan Negeri Kelantan memaklumkan bahawa air semakin surut di HTA dan bekalan elektrik di HTA masih boleh digunakan dan beroperasi.