Remaja 15 tahun maut jatuh tingkat 7

Iklan

PETALING JAYA - Seorang remaja berusia 15 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seksyen 8, Kota Damansara, di sini, hari ini.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, bapa mangsa memaklumkan anak lelakinya itu mengadu pening kepala.

Iklan
Iklan

"Bapa mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan kemudian menyuruh anaknya tidur sementara dia ke tandas.

"Tiba-tiba bapa mangsa dengar bunyi dentuman kuat dan isterinya tergesa-gesa masuk ke rumah. Apabila ditanya, isteri beritahu anaknya telah jatuh ke bawah," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, bapa mangsa segera turun dan mendapati anaknya cedera parah di kepala serta badannya berlumuran darah.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sebelum doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Iklan