Mesej Bantuan Warganegara Malaysia RM900 palsu

Iklan
Mesej tular berhubung Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 adalah palsu. - Foto Facebook KKD

KUALA LUMPUR - Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada Ahad.

KKD menerusi PRP telah mengesan satu mesej tular disyaki palsu berhubung Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) berjumlah RM900 yang akan dikreditkan bermula hari ini menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut mesej tular tersebut dikenal pasti menggunakan modus operandi sama dengan mesej-mesej yang dikesan palsu sebelum ini.

"Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan melengkapkan butiran peribadi di pautan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Orang ramai disaran agar tidak mudah terpedaya serta menyebar maklumat yang tidak pasti sebaliknya sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini. - Bernama