Banjir: Mangsa meningkat di Kelantan dan Perak

Iklan
Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak menunjukkan peningkatan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Perak menunjukkan peningkatan, Johor menurun manakala Terengganu kekal dengan 23 orang.

Di KELANTAN, 1,584 mangsa daripada 490 keluarga di Jajahan Pasir Mas ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) malam Sabtu berbanding 1,508 orang daripada 467 keluarga pada petang.

Iklan
Iklan

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kelantan memaklumkan 712 mangsa berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kedai Tanjong (28), SK Gual Periok (516), Masjid Mukim Padang Licin (57), PPS Putat Tujoh (106) dan SK Kubang Kual (165).

Sekretariat JPBN memaklumkan PPS itu menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sungai Belakang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat.

Iklan

Sementara itu, di JOHOR, tiga PPS masih beroperasi di Segamat iaitu Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya yang menempatkan 75 orang daripada 21 keluarga setakat jam 8 malam, berbanding 91 orang melibatkan 24 keluarga pada jam 4 petang.

Kesemua mangsa adalah penduduk di Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya manakala JPBN memaklumkan PPS Sekolah Agama Pangkalan Batu di Mersing telah ditutup pada jam 5 petang.

Iklan

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang masih berada di PPS SK Atas Tol di Kuala Terengganu iaitu PPS tunggal yang beroperasi ketika ini pada malam Sabtu kekal 23 orang daripada enam keluarga. - Bernama