KBS rangka tindakan isu tunggakan gaji pemain
Iklan
Adam Adli
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan merangka tindakan bagi meneliti permasalahan yang membelenggu pengurusan bola sepak di negara ini termasuk Harimau Melaka FC membabitkan isu tunggakan gaji pemain.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, langkah itu penting bagi mencari punca kelab yang sebelum ini dikenali Melaka United FC gagal menjelaskan gaji pemain sama ada disebabkan penaja menarik diri atau sebaliknya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebelum diwujudkan pelan tindakan itu, kementerian akan bertemu serta berbincang dengan pihak pengurusan kelab agar terdapat kaedah terbaik dalam penyelesaian masalah yang telah berlanjutan beberapa bulan itu.
"Kalau penajaan ditarik dan sebagainya kena cari penaja lain, kena selesaikan masalah sebenar, selidik betul-betul dan perlu duduk berbincang.
Iklan
"Perlu ada rangka tindakan untuk selesaikan isu tunggakan gaji ini yang berulang dalam sukan bola sepak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas merasmikan Program Melaka Open Speed Skating Challenge 2022 di Stadium Fatimah di sini pada Sabtu.
Iklan
Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, masalah tunggakan gaji pemain sememangnya dalam pengetahuan beliau, namun ia bukan di bawah bidang kuasa kementerian untuk mengeluarkan sebarang arahan pembayaran gaji kerana kelab Harimau Melaka FC di bawah pengurusan pihak swasta.
"Masalah ini ada jalan keluar, hanya perlu datang dengan solusi tepat, kena ada kerjasama yang baik dalam kalangan penggerak sukan untuk memastikan isu ini tidak berulang,” katanya lagi.
Media sebelum ini melaporkan kelab bola terbabit didakwa gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dan isu tersebut memuncak pada penghujung saingan Liga Super.
Selain itu beberapa pemain turut meminta pertolongan daripada penaung pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membantu menyelesaikan isu tunggakan gaji mereka.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>