MELAKA - Negara memerlukan dasar ekonomi yang menghargai kemahiran rakyat dalam semua bidang pekerjaaan bagi mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, kata Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Johor berkata, menerusi dasar berkenaan kerajaan antara lain perlu memastikan gaji yang ditetapkan dalam semua bidang pekerjaan untuk rakyat tempatan berkemahiran adalah berpatutan dan mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.