[VIDEO] Annuar sudah beri kenyataan kepada SPRM

Iklan
Annuar ada sidang akhbar di Ibu Pejabat Muafakat Nasional pada Khamis. FOTO: HALIM WAHID

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan sudah memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dana jutaan ringgit diserahkan Perikatan Nasional (PN) kepada UMNO ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dua tahun lalu.

Annuar berkata, beliau sudah hadir ke pejabat SPRM minggu lalu berhubung perkara berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya sebenarnya sangat lega sekali, fitnah di luar itu saya tidak dapat kawal, dia kata saya masuk bilik tidur duit berlonggok-longgok, ambil duit berjuta-juta bawa duit pergi ke mana patutlah sokong Tan Sri Muhyiddin sebab dia bagi duit, buka Facebook, beristighfar saya hari-hari.

"Bila SPRM panggil saya beri keterangan, saya sangat suka hati dan cerita semua yang sebenar apa yang saya lalui,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Muafakat Nasional (MN) di sini pada Khamis.

Iklan

Beliau dalam pada itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama lagi dengan SPRM jika diperlukan berhubung siasatan isu berkenaan.

Terdahulu, SPRM telah memulakan siasatan berhubung wang PN diserahkan kepada UMNO.

Iklan

Pada 21 November lalu, tular video Annuar dalam hantaran video yang dimuat naik di aplikasi TikTok mendakwa menemui Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberitahu UMNO kehabisan wang untuk mengharungi PRN Sabah.