Post-2020 GBF kena ambil kira kepentingan negara - Nik Nazmi

Iklan
Nik Nazmi

KUALA LUMPUR - Sebagai sebuah negara"megadiverse”, Malaysia menegaskan pelaksanaan Rangka Kerja Kepelbagaian Biologi Global Pasca-2020 (Post-2020 GBF) perlu mengambil kira kepentingan dan keadaan semasa negara.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pelaksanaan Post-2020 GBF mesti disokong oleh dokumen panduan serta bantuan teknikal dan kewangan yang mencukupi daripada Sekretariat Konvensyen Kepelbagaian Biologi dan negara-negara maju yang lain.

Iklan
Iklan

"Hasil rundingan CBD (Konvensyen Kepelbagaian Biologi) akan diterjemahkan dalam kerangka pengurusan biodiversiti negara melalui Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (DKBK),” katanya dalam kenyataan malam Rabu.

Ketika ini Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim selaku tumpuan utama negara kepada CBD sedang mengetuai delegasi negara di mesyuarat Persidangan Ke-15 Pihak-pihak CBD (CBD COP15).

Iklan

CBD COP15 bermula dari 7 hingga 19 Disember di Montreal, Kanada.

"COP diadakan setiap dua tahun untuk merundingkan dokumen dasar dan teknikal berhubung biodiversiti di peringkat antarabangsa dan COP15 adalah sangat penting kerana akan memuktamadkan Pelan Tindakan Strategik Biodiversiti bagi menggantikan Sasaran Biodiversiti Aichi,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, dalam mesyuarat CBD COP15 itu, delegasi negara terdiri daripada 24 orang ahli melibatkan pegawai daripada kementerian, jabatan atau agensi yang berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri.

Selain Post-2020 GBF, antara agenda utama yang melibatkan kepentingan negara di mesyuarat itu ialah mengenai kawasan perlindungan, biologi sintetik, digital sequence information (DSI), biodiversiti marin, spesies asing invasif (IAS) dan mobilisasi sumber. - Bernama