Lautan bergelora di Pantai Pandak

Iklan
Nelayan menjala ikan di pesisir pantai dalam keadaan laut bergelora berikutan bermulanya Monsun Timur Laut sehingga Mac tahun hadapan semasa tinjauan di Pantai Pandak, Chendering hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama iaitu angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak

mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga esok.Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

- Foto Bernama.