Dua penumpang cedera, bas langgar belakang lori

Iklan
Bas ekspres ini mengalami kerosakan di bahagian hadapan setelah merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 457.4 Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu.

PETALING JAYA - Dua penumpang wanita cedera apabila sebuah bas ekspres merempuh bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 457.4 Lebuhraya Utara Selatan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi ketika bas ekspres yang membawa 25 penumpang itu dari Taiping menuju Terminal Bandar Tasik Selatan.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati bas tersebut dipercayai cuba mengelak sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori yang mengubah haluan.

Katanya, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian kira-kira jam 3.30 pagi.

Iklan

"Dua penumpang bas yang merupakan wanita warga tempatan berumur lingkungan 30-an mengalami kecederaan ringan berikutan kejadian.

"Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan selanjutnya," katanya.

Iklan

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Che Mat Nasir Che Muda di talian 019-9154088," katanya.