Tujuh lelaki ditahan disyaki terlibat kes samun warga asing

Iklan
Noor Dellhan

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun membabitkan seorang mangsa warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar ibu negara, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku berhampiran sebuah restoran di Jalan Alor dekat sini sekitar jam 2 pagi Ahad.

Iklan
Iklan

"Pada Isnin, jam lebih kurang 3.27 petang Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Dang Wangi telah menerima laporan daripada seorang lelaki warga asing mendakwa disamun empat lelaki tempatan.

Noor Dellhan berkata, hasil soal siasat terhadap suspek berkenaan, pihak polis berjaya menahan lima lagi lelaki dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Petaling pada Selasa.

Iklan

"Lima lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun ditahan dalam serbuan pada jam 2.30 petang di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo dan dua keping kad ATM bank tempatan," ujarnya.

Iklan

Beliau berkata, dua suspek dalam tangkapan pertama direman tujuh hari bermula Selasa manakala permohonan reman bagi suspek dalam serbuan kedua akan dimohon pada Rabu.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03 26002222," jelasnya.